PAU 2022 Bakal Buka Lembaran Baharu Kepada Parti – Azhari

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari percaya usul yang bakal dibawa oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada pertengahan Januari ini membawa lembaran baharu kepada parti.

Katanya, ini kerana langkah pembaharuan dalam UMNO penting dilakukan terutama sekali bagi mendepani arus landskap politik menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“PAU ini apa sahaja keputusan usul kita sokong tanpa berbelah bahagi, saya dan pimpinan bahagian telah meneliti Perlembagaan bahawa ini adalah terbaik untuk parti kerana kadang-kadang sesuatu perkara itu sudah tiba masanya untuk dilihat semula dan ditambahbaik mengikut zaman.

“Usul yang harus diangkat dan disokong oleh semua bahagian, perwakilan dan ianya akan memberikan impak yang sangat kuat dan positif untuk kita menghadapi PRU yang16.”

Dalam pada itu Azhari juga percaya PAU 2022 ini membawa simbolik tersendiri iaitu penyatuan dalam kalangan akar umbi bagi memastikan parti ini sentiasa relevan dalam meneruskan perjuangannya.

“Maka ini adalah waktu yang terbaik dengan usul yang mempunyai matlamat untuk memperkukuhkan parti dan merapatkan saf,” ujar beliau.

Untuk rekod, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan PAU 2022 yang asalnya dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember tahun lalu ditangguhkan ke 11 hingga 14 Januari ini bagi memberi laluan cuti penggal persekolahan ketiga. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.