Ahmad Maslan Berbesar Hati Lancarkan Larian Tahun Baharu 2023

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Setiausaha Agung UMNO yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini berbesar hati melancarkan Larian Tahun Baharu 2023, di sini, pagi tadi.

Mengucapkan tahniah kepada para pemenang, beliau pada masa sama meluahkan kesyukuran kerana program larian seperti ini berpeluang mengeratkan silaturahim dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Larian Tahun Baharu 2023 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saya lancarkan 6.45 pagi ini, hadir ribuan peserta, kali yang kelapan bersama Persatuan Rekreasi Wilayah Dan Tourism Malaysia, lima dan 10 kilometer terbuka, wanita, lelaki, veteran dan keluarga. Juga ada peserta antarabangsa, suatu yang menarik untuk permulaan tahun ini.

“Tahniah kepada semua pemenang setiap pagi Ahad enam hingga sembilan pagi, jalan depan DBKL ditutup untuk kenderaan bagi rakyat lakukan riadah sepanjang 7 km. Pelbagai badan bukan kerajaan, syarikat, agensi, orang ramai boleh gunakan untuk aktiviti keluarga dan lain-lain agar amalkan gaya hidup sihat. Hubungi DBKL untuk anjur.

“Santai dgn peserta larian KL sempena thn baru 1/1/23 hari ini, Ahad. Ramai ambil gambar dgn saya. Terima kasih kepada mereka – pelbagai bangsa harmoni sokong perpaduan yang sedang dinikmati semua. Walau pernah sembilan tahun jadi Timbalan Menteri, ini kali pertama dijemput acara sebegini. Syukur,” katanya menerusi beberapa ciapan di Twitter.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian juga berpandangan aktiviti gaya hidup sihat seperti ini sangat bermanfaat dan perlu dijadikan sebagai rutin harian.

“Semoga bertemu kembali dlm acara seperti ini, amalkan gaya hidup sihat. Tidak guna harta yang ada jika penyakit melingkari kehidupan.

“Jaga makan, minum dan hindari rokok, alkohol dan hal-hal yang kurang baik. Setia kepada pasangan hidup anda agar tiada sengsara dalam ceria, tiada dusta dalam bahagia,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.