Selamat Tahun Baharu 2023 Kepada Seluruh Rakyat Malaysia – Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran baharu di Facebooknya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada rakyat Malaysia.

Beliau berharap tahun 2023 di bawah pentadbiran baharu Kerajaan Perpaduan ini memberikan kecemerlangan buat negera.

“Saya Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya berharap kita semua akan sederap bersama memperkasakan komitmen dan terus memacu kecemerlangan untuk tahun 2023. Pastinya segala kejayaan akan kita raikan bersama,” katanya menerusi hantaran video.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam pada itu berjanji untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya demi kemajuan Malaysia.

“Sementara cabaran yang mendatang akan kita tangani dan harungi demi Malaysia yang kita cintai.

“Saya komited untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Harapan saya menjadikan Malaysia maju di bawah Kerajaan Perpaduan ini. Selamat Tahun Baharu 2023,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.