Jangan Berputus Asa, Teruskan Berjuang Bersama UMNO – Khaled

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengadakan pertemuan bersama jentera Bahagian Pasir Gudang bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian pada perjumpaan tersebut berharap ahli akar umbi untuk tidak berputus ada dalam meneruskan perjuangan parti keramat ini.

“Bertemu kepimpinan dan jentera Pusat Daerah Mengundi Taman Megah Ria dan Taman Kota Puteri bagi mendengar taklimat post mortem Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta menerangkan keadaan semasa parti pada ketika ini.

“Saya juga menyeru supaya semua pemimpin dan ahli akar umbi tidak berputus asa dan diteruskan berjuang untuk dan melalui UMNO.

“Tujuan post-mortem ini adalah untuk mengatur langkah memulih dan memperkukuhkan parti Barisan Nasional pada masa akan datang. Terdapat beberapa perkara yang dikenal pasti perlu ditambah baik selepas ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Kota Tinggi turut memberikan penerangan berkenaan Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan bersama Pakatan Harapan.

“Saya juga menerangkan peristiwa penting dan sebab BN terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan yang kini dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Permas, Baharudin Mohamed Taib; Setiausaha Bahagian, Razani Abd Raud, Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-Ketua Sayap dan jentera cawangan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.