Ekonomi Malaysia Bakal Atasi Singapura Pada 2027 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 30 Dis – World Economic League Table (WELT) meramalkan ekonomi negara akan mengatasi Singapura pada tahun 2027.

Timbalan Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut berlaku disebabkan asas ekonomi Malaysia yang lebih luas.

“Laporan World Economic League Table (WELT) ramal ekonomi Malaysia akan atasi Singapura pada tahun 2027 kerana asas ekonomi negara ini yang lebih luas.

“Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) meramalkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berkembang empat sehingga lima peratus tahun 2023, kadar inflasi empat peratus naum pertumbuhan dagangan naik dua digit kepada 2.1 peratus,” ciapnya di laman Twitter.

Semalam, media melaporkan bahawa Malaysia diramalkan akan kembali mengatasi saiz ekonomi Singapura pada tahun 2027 selepas dipintas oleh republik itu pada 2015, demikian menurut laporan Jadual Liga Ekonomi Dunia (WELT) 2023.

Menurut laporan dihasilkan oleh peramal ekonomi antarabangsa yang berpangkalan di London, Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan (CEBR), persaingan membabitkan dua negara tetangga Singapura dan Malaysia berkemungkinan akan berterusan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.