UMNO/BN Perlu Strategi Terbaik Pulihkan Parti Depani Landskap Politik Mencabar – Azhari

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan UMNO/Barisan Nasional (BN) memerlukan suatu strategi terbaik bagi  memulihkan parti dalam mendepani landskap politik yang mencabar apatah lagi selepas mengharungi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, penyertaan parti dalam Kerajaan Perpaduan juga merupakan langkah terbaik di samping memulihkan persepsi rakyat kepada UMNO/BN.

“Ini adalah masa, ruang dan kesempatan yang terbaik bila kita menjadi sebahagian daripada kerajaan maka proses pemulihan parti ini dapat dijalankan secara serentak sebagaimana kita dalam kerajaan dan mengambil kesempatan sebagai dalam kerajaan ini adalah untuk kita pulihkan parti untuk menghadapi PRU16 nanti.

“Maksud saya apabila kita mempunyai ruang masa dan waktu yang secukupnya gunakan sebaik-baiknya untuk kita hendak buat kajian mungkin ada satu kaedah yang sesuai landskap politik hari ini,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Beliau pada masa sama berharap untuk akar umbi serta ahli parti menerima keputusan PRU15 dengan berlapang dada dan menjadikannya ianya sebagai pembakar semangat untuk kembali bangkit pada pilihan raya akan datang.

“Apa pun keputusan PRU15 ini ialah satu yang sangat ianya sebagai positif walapun kita kalah kerana banyak perkara yang mungkin kita terlepas pandang.

“Kita juga kena melihat bahawa kaedah atau strategi kempen yang baharu dengan zaman sekarang dan mungkin kita melihat juga beberapa kawasan yang kita kalah termasuk majoriti kubu kuat UMNO, saya yakin ini kesempatan untuk kita rejuvinasi parti,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.