SUA Teruskan Lawatan Ke Besut Dan Kemaman Hari Ini

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Setiausaha Agung UMNO yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini berbesar hati ke Terenggganu bagi meneruskan tinjauan beliau melihat kawasan banjir di negeri tersebut.

Beliau memulakan misi tersebut di Besut apabila mengunjungi Kampung La Hulu yang dinaiki air sehingga menjejaskan beberapa rumah di kawasan tersebut.

“Tujuh buat rumah musnah semua sekali akibat banjir di Kampung La Hulu di Besut, Terengganu. Ratusan rumah dinaiki air ada separas leher, ada berbelas kaki dlm air.

“Singgah lawat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad pada pagi 28 Disember. Kerajaan Pusat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan terus membantu,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu, menerusi ciapan terdahulu Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memaklumkan misi bantuan itu juga telah dilakukan di Kelantan pada semalam membabitkan kawasan terjejas di Pasir Puteh dan Machang.

“Bantuan kepada mangsa banjir di Pasir Puteh, Kelantan pada 27 Dis. Sekitar 400 org penerima daripada Kastam Malaysia, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan dan UMNO Bahagian.

“Moga dapat ringankan sedikit kesukaran akibat bencana serta moga tabah hadapi dugaan dan segera surut air bah,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.