Pasaran Saham Bursa Malaysia Dijangka Meningkat Pada 2023 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Berdasarkan laporan Maybank IBG Research, pasaran saham Bursa Malaysia dijangka akan meningkat pada tahun 2023.

Timbalan Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pertumbuhan ekonomi ini berlaku disebabkan pembukaan semula perdagangan China yang dipercepatkan.

“Berita baik, sila teliti laporan Maybank IBG Research yang menjangka pasaran saham Bursa Malaysia lebih elok pada 2023.

“Indeks FBM KL Composite Index (KLCI) sekitar 1660 mata.

“Pembukaan semula perdagangan China yang dipercepatkan membantu pertumbuhan ekonomi rantau ASEAN,” katanya menerusi hantaran di laman Twitternya.

Pada Isnin media melaporkan pasaran saham tempatan dijangka berprestasi lebih cemerlang pada 2023 dengan jangkaan pendapatan korporat yang memberangsangkan, demikian kata Maybank IBG Research.

Ia menyasarkan Indeks FBM KLCI bagi akhir tahun 2023 pada paras 1,660 mata.

2023 juga dijangka bakal menyaksikan pengembangan pendapatan pasaran mengukuh kepada +17.3 peratus dengan tamatnya tempoh pelaksanaan Cukai Makmur. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.