Isu Keterjaminan Makanan Perlu Dilihat Dari Aspek Ekonomi Lebih Luas – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Isu keterjaminan makanan tidak boleh dilihat dari ruang aspek pertanian semata-mata dan ianya mesti dilihat dari aspek ekonomi lain yang lebih luas, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jelasnya, keterjaminan makanan atau food security adalah satu subjek yang rumit.

“Singapura tak tanam dan tak ternak, tetapi ranking keterjaminan makanan dia lebih tinggi dari kita. Mereka tak ada kementerian pertanian pun.

“Thailand hebat dari segi pertanian dan pengeksport beras terbesar di dunia mendapat ranking lebih rendah dari Malaysia.

“Kunci kata paling penting, apakah makanan itu mudah didapati dan apakah ia mampu dimiliki? (Available and affordable). Selain dari faktor kualiti dan selamat dimakan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Jelasnya, Singapura mendapat skor yang tinggi kerana sumber makanan mudah diperoleh dan murah bagi rakyatnya.

“Singapura mendapat skor yang tinggi kerana apa jenis makanan pun mudah diperolehi dan murah bagi rakyatnya. Walaupun terpaksa import. Ia tetap murah kerana nilai matawang mereka kukuh dan pendapatan rakyat mereka tinggi.

“Jadi isu keterjaminan makanan tidak boleh dilihat dari ruang pertanian semata-mata. Ia mesti dilihat dari aspek ekonomi lain yang lebih luas. Misalnya 2008-2020 Malaysia mengalami era ‘the longest bull run‘, kenaikan yang terpanjang dalam pasaran saham kita.

“Petani tak main saham, tetapi bila banyak pelabur datang, wang masuk, Ringgit kukuh. Barang impot pun jadi murah, makanan ternakan murah dan baja pun murah. Makanan rakyat pun mudah diperolehi dan rakyat lebih berkemampuan.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, ‘longest bull run‘ boleh menjadi sebahagian dari kayu pengukur sama ada kerajaan tersebut ‘perform’ atau tidak.

“Nampak mudah. Jadi nak tahu kerajaan itu perform atau tidak, mesti dilihat dari sudut ini jugak.

“Era ‘longest bull run‘ bolehlah menjadi sebahagian dari kayu pengukur. Good luck!” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.