Masih Ada Yang Mainkan Sentimen Kaum Dan Agama Dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pergerakan Pem,uda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas pihak yang masih ada lagi yang memainkan sentimen kaum dan agama.

Ini berikutan dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan Malaysia (PH + BN + GPS) didominasi Bukan Melayu-Islam.

Faktanya jelas beliau melalui laman Facebooknya:

Ahli Parlimen Bumiputera Melayu Islam (PH+BN+GPS) = 68 orang
Ahli Parlimen Cina = 34 orang
Ahli Parlimen India = 8 orang
Ahli Parlimen Lain2 = 2 orang

“Justeru Kerajaan Perpaduan Malaysia jika mengambil kira tiga parti utama PH, BN dan GPS sahaja Ahli Parlimen Bumiputera Islam adalah yang terbesar iaitu 68 orang.

“Jika ditambah Ahli Parlimen daripada parti-parti lain yang turut bergabung dan yang beragama Islam: Warisan = 3 orang, GRS = 3 orang (6 Ahli Parlimen).

“Maka keseluruhan Ahli Parlimen Bumiputera-Melayu beragama Islam Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah 74 orang iaitu yang paling tinggi dan majoriti,” katanya lagi.

Terdahulu, kemelut politik negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 berakhir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Pada PRU15 baru-baru ini BN memenangi 30 kerusi Parlimen, manakala PH menang 82 kerusi, Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.

Keputusan PRU15 menyaksikan tidak ada parti mahupun blok parti politik yang berjaya mendapat majoriti sekali gus menyebabkan Parlimen tergantung.

Kemudian, Kerajaan Perpaduan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan komposisi kerajaan mempunyai wakil setiap parti yang akan memegang jawatan kanan selepas rundingan dimuktamadkan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.