Dr Asyraf Sokong 100%, Tutup Segala Bentuk Penyelewengan Dan Rasuah

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya tata kelola pentadbiran kerajaan baharu tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender dan tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyokong serratus peratus kenyataan terbabit.

“Sokong seratus peratus. Tutup ruang segala bentuk yang boleh menjurus kepada ketirisan, kebocoran, penyelewengan dan rasuah,” katanya dalam kenyataan pendek menerusi laman Facebooknya.

Beliau turut memuat naik laporan dari media yang bertajuk ‘Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender di semua peringkat – Anwar’.

Menerusi laporan media terbabit, Anwar ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran Perdana Putra di Putrajaya hari ini menyebut bahawa soal perolehan, soal kelulusan tanpa tender tidak boleh lagi terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.