Jangan Lupa, PPBM Juga Sebahagian Daripada PH Semasa PRU14 – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan rakyat bahawa PPBM juga adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 apabila mereka turut serta dalam merangka manifesto yang tidak ditepati.

Jelasnya, PPBM turut dianggap sebagai pengkhianat kerana telah menjatuhkan kerajaan UMNO/BN dengan hasutan, janji manis dan juga fitnah.

“Jangan lupa bahawa PPBM pun sebahagian daripada PH. Mereka juga yang merangka manifesto yang tidak ditepati. Tetapi orang lupa, sebab PPBM dah keluar daripada PH.

…but they also a culprit. Tumbangkan kerajaan UMNO/BN yang telah mentadbir negara selama lebih 60 tahun dengan baik dan cemerlang, kerana hasutan, janji manis dan fitnah.

“PPBM jangan ingat dia tiada dosa. Mereka adalah sebahagian daripada PH dan sekarang dia masuk Perikatan Nasional (PN) macam suci betul bercakap, macam tiada apa-apa yang terjadi,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Dalam hal lain, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO turut mengakui bahawa parti itu sedikit gentar dengan saluran orang muda meskipun yakin bahawa anak muda akan memberikan sokongan kepada mereka.

“Pengundi muda ini selalu ditakuti oleh UMNO/BN sebab setiap kali pilihan raya sebelum ini kita kalah di saluran orang muda. Tetapi, semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kali pertama Undi18 dilaksanakan dan kita menang di kesemua saluran orang muda.

“Mereka menyokong kita walaupun ada satu atau dua tempat ada calon muda diletakkan pihak lawan, kita masih menang. Itu sebabnya kita banyak menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar,” katanya lagi.

Menurut Mohamad Hasan lagi, melalui terjemahan undi yang mereka lakukan di PRN Johor, jelas menunjukkan bahawa anak muda sudah muak dengan pelbagai drama politik dan mahukan kerajaan yang stabil.

“Saya nak baca, what kind of messages the young voters want to tell us. Saya merasakan bahawa mereka menghantar mesej yang kuat bahawa mereka have already give up dan tidak mahu ditipu lagi.

“Mereka juga mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat supaya masa depan mereka terjamin, ada pekerjaan dan mereka tidak mahu lagi menghadapi kesusahan. That’s all,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.