Ingat… BN Bina Negara Lebih 60 Tahun, Berubah Sekelip Mata Pasca PRU14

 

REMBAU, 14 Nov – Rakyat perlu ingat bagaimana negara yang dahulu cemerlang dan disegani bukan sahaja merudum dalam tempoh 22 bulan malah terbawa-bawa kesannya sehingga 17 bulan selepas itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembangunan dan kecemerlangan negara yang dibina serta dibawa oleh kerajaan yang diterajui BN ‘musnah’ dalam sekelip mata.

“Kita dapat bangunkan negara dengan baik malah negara lain sebaya dengan kita terkial-kial… malah Malaysia mewakili negara ketiga di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu… menjuarai isu Palestin tetapi hari ini orang  tidak mahu lagi dengar cakap kita.

“60 tahun kita bina negara, 22 bulan campur 17 bulan sekadar zaman merosakkan negara… begitu susah kita bina negara, nama yang harum merudum. Saya jumpa duta-duta asing, kadang-kala ada yang datang ke pejabat saya tanya kenapa tidak mahu melabur?

“Mereka jawab bukannya tidak mahu melabur tetapi kerajaan yang dibentuk menjadi persoalan apabila tidak dibentuk melalui pilihan raya. Tidak ada siapa mahu berdagang dan pelabur baru tidak ada… yang ada pun makin berkurang. Sebab itu kita daripada awal mahu pilihan raya diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam majlis bersama masyarakat setempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paroi, di sini.

Mohamad yang juga calon BN Parlimen Rembau seterusnya menambah pembentukan kerajaan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan adalah semata-mata mahu menyelamatkan negara kerana pada waktu itu ketiadaan kerajaan.

“…kerana nak selamatkan negara pada waktu Tun Mahathir letak jawatan… kita pada waktu itu tidak ada kerajaan.

“Anak-anak muda juga tertipu… seburuk-buruk zaman BN yang dilontarkan pelbagai dakwaan, BN tidak pernah jual harta malah kumpul aset negara, tetapi apabila mereka naik habis dijarahnya… 22 bulan mereka memerintah boleh lihat segala-galanya,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.