Jangan Percaya Parti Tiada Prinsip Perjuangan, Dengan Dap/PH Pun Pernah Berkawan

PENDANG, 9 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen, Datuk Suraya Yaacob berpandangan rakyat ketika ini bijak dalam memilih parti yang memegang teguh prinsip perjuangan berbanding yang hanya menjalinkan kerjasama politik demi kepentingan mereka.

Katanya, perkara itu dapat dilihat pada Pas kerana parti ini paling banyak mengadakan hubungan politik bersama parti-parti lain.

“Dengan Dap/Pakatan Harapan (PH) pun pernah berkawan tapi keluar setengah jalan jadi ia agak sukar kita tak boleh percaya sangat dengan parti sebegini.

“Mereka yang akan bekerjasama untuk kuasa tanpa mengira polisi dan visi mereka ini mengikut Perlembagaan mereka sendiri,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sungai Tiang berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini juga menjadi penunjuk kepada kepercayaan rakyat kepada Pas kerana buat pertama kali logo parti itu tidak digunakan pada kertas pembungan undi.

“Paling menarik kerana di Pendang logo bulan itu tidak ada itu pun menarik mereka boleh gunakan bendera di kawasan tapi dalam kertas undi tidak ada logo Pas itu juga satu elemen yang kita nak tahu,” ujar beliau.

Pas sebelum ini memutuskan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) di Kedah manakala di Kelantan dan Terengganu parti itu kekal menggunakan lambang bulan.

Untuk rekod Suraya pada PRU15 ini akan berdepan dengan empat penjuru iaitu calon daripada PH, Perikatan Nasional dan Pejuang.

Buat pertama kali dalam senario politik Kedah apabila pada PRU15 negeri ini menyaksikan hanya kerusi Parlimen dipertandingkan disebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubarkan. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.