Exco Melaka Sifatkan PADU Tawaran Terbaik BN Untuk Rakyat

TANGGA BATU, 9 Nov – Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang menggariskan 10 teras dan 99 tawaran untuk rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 khususnya dalam aspek pendidikan amat baik dan hanya dengan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) membolehkan ianya benar-benar menjadi realiti.

Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Melaka Datuk Rais Yassin berkata selain memperlihatkan iltizam BN untuk membantu rakyat pelbagai peringkat, secara dasarnya ia amat komprehensif.

“Perancangan Amal dan Usaha atau PADU yang diumumkan BN saya lihat banyak inisiatif yang sangat baik… tetapi saya mungkin boleh menyentuh dua perkara yang amat dekat di hati rakyat kerana saya di Melaka ini selaku Exco yang bertanggungjawab menjaga bidang pendidikan.

“Soal sistem asuhan awal kanak-kana. Kalau kita tengok daripada awal lagi ianya sudah memberikan secara percuma dan kita berusaha dan beramal, memberi pendidikan tinggi secara percuma untuk anak-anak B40.

“Jadi kalau  kita lihat dua perkara ini apa yang BN bawa adalah sesuatu yang amat menguntungkan Malaysia dan berilah kami peluang,” katanya kepada UMNO Online.

Kata beliau lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, kempen berbentuk serangan peribadi dan sebagainya lagi pada PRU kali ini perlulah dihentikan.

“Sekarang terserah kepada rakyat… berbanding parti lawan yang masih mencari hala tuju yang sebenar.

“Kita tawarkan kepada rakyat sepertimana yang dilancarkan semalam menerusi manifesto. Kami berikan pendidikan percuma ke IPT (institut pengajian tinggi) untuk kumpulan B40 dan sebagainya lagi. Ini sebaiknya daripada kempen memburukkan pihak lawan masing-masing sekaligus membuktikan BN berusaha untuk membantu rakyat,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.