‘Undi BN, Undi Zahid jadi PM’ Modal Lapuk Hasut Rakyat Benci BN – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias menasihatkan pembangkang supaya berhenti menjadikan modal lapuk untuk menghasut rakyat bagi membenci Barisan Nasional (BN).

Tegasnya yang juga calon BN Parlimen Jelebu merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit menganggap pembangkang ini cemburu dengan dan gentar dengan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelasnya, ini kerana mereka sedang menghadapi gelombang penolakan rakyat, maka mereka tiada cara lain dan sebab itu mereka sanggup fitnah BN untuk mengelirukan rakyat.


“Kita dalam UMNO sudah jelas bahawa perdana menteri jika BN menang PRU15 ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia ketetapan yang dibuat MKT UMNO, mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai perdana menteri dan ia disokong lebih 150 bahagian termasuk bahagian Presiden sendiri.

“Bagi saya jelas setiap keputusan itu dibuat secara bersama, ia bukan keputusan dibincang di kedai kopi dan dengan mudah sahaja ia boleh diubah mana-mana pihak.

“Kita parti yang ada organisasi iaitu setiap keputusan bila dibuat atau mahu dibuat perlu melalui proses yang tertib, jadi bagi saya usahlah percaya momokan pembangkang itu,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian menolak dakwaan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya BN memenangi PRU15 pada 19 November ini. – UMNO Online

Ikuti perkembangan semasa beliau di sini : https://www.facebook.com/jalaluddinaliasofficial

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.