Jom Saksikan ‘Live’ Pelancaran Manifesto BN Malam Ini

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan membawa tema Kestabilan dan Kemakmuran.

Menurut Ahmad Zahid dalam satu kenyataan semalam, kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan, adalah antara keutamaan manifesto BN pada PRU15 yang akan dilancarkan hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, BN akan menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 dan M40 selain tidak dilupakan golongan T20.

 

Justeru itu, bersama kita saksikan apakah perincian kandungan dan tawaran yang akan BN  tampilkan dan sudah pastinya politik khidmat bakti BN akan menyentuh kepentingan dan manfaat untuk semua rakyat.

Pelancaran manifesto BN akan disiarkan pada jam 9 malam ini di Facebook rasmi UMNO Online di pautan https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Turut disiarkan di pautan https://www.facebook.com/bncommsofficial dan https://www.facebook.com/barisanasional.

Jom, bersama-sama kita saksikan demi Kestabilan dan Kemakmuran. – UMNO ONLINE

 

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.