Bekas ADUN Berharap BN Beroleh Kemenangan, Bentuk Kerajaan Negeri Dan Pusat

TAPAH, 6 Nov – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hasan berharap agar Barisan Nasional (BN) beroleh kemenangan di kawasan itu dan juga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kata bekas Ketua UMNO Bahagian Tapah itu, ini agar kedua-dua kerusi itu dapat menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri Perak di bawah BN di samping juga berharap kemenangan di Parlimen Tapah untuk kerajaan pusat.

“Dengan harapan saya PRU15 adalah nadi kepada BN dan UMNO menerajui negara dan negeri. Oleh kerana dua DUN untuk negeri, saya hendak dua-dua menang dengan baik supaya kita mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

“Apatah lagi kerajaan persekutuan kita hendak ia (juga) adalah sumbangan dari kawasan kita ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online di sini hari ini.

Pada PRU15, BN menampilkan Ketua UMNO bahagian Ishsam Sharudin sebagai calon di DUN Ayer Kuning, Ketua Pemuda MCA bahagian Choong Shin Heng DUN Chenderiang dan mengekalkan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan sebagai calon BN untuk Parlimen Tapah.

Jelas Samsudin, BN telah menampilkan calon yang berkaliber serta berkemampuan bagi menggalas tanggungjawab sekiranya diberikan oleh rakyat kelak.

“…saya rasa bahawa komitmen yang diberikan oleh ketua bahagian selaku pengerusi Barisan Nasional kawasan amat baik sekali,” katanya.

Kini katanya, apa yang penting adalah komitmen jentera seperti Jalinan Rakyat (JR) dan portfolio pengangkutan pada hari pengundian pada 19hb nanti terutama untuk mengeluarkan pengundi putih keluar mengundi dengan seramainya.

“Harapan saya adalah bagaimana kita hendak menggerakkan 25 ribu pengundi putih untuk mengundi pada 19hb nanti.

“Saya harap JR bertanggungjawab untuk memastikan pengundi kita keluar sebelum pukul 1 tengah hari. Saya berharap bahagian pengangkutan bekerjasama,” ujarnya lagi.

Berhubung perkara tersebut, Samsudin juga berharap agar masalah yang berkaitan pengurusan pengangkutan ketika PRU14 tidak berulang sehingga menyebabkan kehilangan kerusi DUN Chenderiang kepada PKR-Pakatan Harapan dengan hanya 39 undi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.