Ribuan Penyokong Beri Sokongan Pada Ismail Sabri

BERA, 5 Nov – Suasana Dataran Kerayong meriah dengan kehadiran ribuan para penyokong Barisan Nasional (BN) bagi memberi sokongan kepada calonnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu dilihat tampil segak mengenakan baju Melayu berwarna biru menunggu bersama para penyokong sebelum berarak ke Dewan Majlis Konvensyen Majlis Daerah Bera pada jam 8.30 pagi.

Sebelum berarak bacaan doa turut dilakukan oleh Pengerusi JPKK Felda Bukit Puchong, Mohd Amin Sardi bagi memberkati perjalanan penamaan calon hari ini.

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada semalam mengingatkan semua parti politik untuk mematuhi peraturan terkini yang ditetapkan oleh pihak berkuasa semasa hadir ke pusat penamaan calon.

Pegawai Daerah Bera, Datuk Zaman Azam berkata parti politik terutama pencadang dan penyokong yang berarak, perlu mematuhi peraturan supaya proses penamaan calon berjalan lancar.

Parlimen ke-14 dibubarkan pada 10 Okt lepas bagi memberi laluan kerusi Dewan Rakyat dipertandingkan semula dengan SPR menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Ini bermakna tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari iaitu selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding hari ini dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 Nov. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.