PRU15: Undi BN Demi Masa Hadapan Negara Terjamin- Salleheen

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sekijang, Md Salleheen Mohamad berharap rakyat dan juga pengundi khususnya di Parlimen Sekijang dan juga seluruh negara dapat memberi kepercayaan dan mengundi BN demi mandat kerajaan Persekutuan agar masa depan negara terjamin.

Katanya, hasrat perjuangan parti ini ingin melihat negara mencapai kestabilan dan kemakmuran. 

“Kita harus bermuafakat sebagai satu pasukan serta memperkasakan lagi jentera BN bagi memenangi hati pengundi terutamanya golongan muda dan juga pengundi yang sedia ada agar ianya berpihak kepada BN.

“Saya amat berharap rakyat dan juga pengundi khususnya di Parlimen Sekijang dan juga seluruh negara beri kepercayaan dan mengundi BN,” katanya kepada UMNO Online. 

Dalam masa yang sama beliau menzahirkan rasa terharu apabila BN memberikan peluang kepadanya untuk menjadi calon di kawasan tersebut.

Jelasnya, ianya adalah satu tanggungjawab yang besar dan memikul amanah bagi memastikan Parlimen Sekijang ini kembali pada BN.

“Saya merasa amat teruja dan ini adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk menggalas bagi memastikan Parlimen Sekijang ini menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ini.

“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih terutamanya Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas kepercayaan ini bagi memastikan kemenangan BN di Parlimen Sekijang,” katanya.

Justeru, beliau yang juga Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), berharap jentera BN dapat bergerak sebagai satu pasukan dan dapat menawan hati pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRU15 Sabtu ini (5 Nov), hari pengundian (19 Nov) dan pengundian awal pada 15 Nov.

Dilaporkan, dalam PRU14 lalu, BN tewas dengan Pakatan Harapan dengan majoriti lebih 1,281 undi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.