Jika Pilih PH Kembali Zaman Mundur… Pilihlah BN Tawarkan Masa Depan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Bendahari Pemuda UMNO Malaysia, Johari Yazid menegaskan Barisan Nasional (BN) telah terbukti mentadbir negara lebih 60 tahun dalam keadaan yang baik dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Menurutnya, BN mengambil berat keperluan masyarakat dan negara berada di tahap yang tinggi dalam nilai ekonominya tapi apabila pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu rakyat memilih Pakatan Harapan (PH), sebaliknya berlaku apabila tidak sampai sepenggal iaitu hanya 22 bulan negara sudah berkecamuk dan terkebelakang.

“Sekiranya PH kembali memerintah negara, rakyat akan kembali ke zaman yang lebih mundur lagi bukannya zaman yang lebih baik. Sebab itu rakyat harus memilih BN berbanding parti lain.

“Kita kena akui kenapa perlu pilih BN? Sebab BN ini adalah satu parti yang memang menjaga negara dan memastikan rakyat dalam keadaan yang cukup baik.

“Bukannya nak berkata dengan perkara yang tidak baik… tetapi itulah adalah fakta yang rakyat perlu kaji dan teliti malah BN kaya dengan barisan kepimpinan yang baharu. Kalau kita nak tengok dalam struktur UMNO sudah nampak trasformasi-transformasinya,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam masa yang sama beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Cheras mengharapkan agar rakyat dapat membuat perbandingan antara pentadbiran BN dengan PH.

“Malaysia apabila ditadbir oleh BN telah terbukti melakukan hubungan yang begitu cantik dan baik dengan negara luar. Contohnya Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menjalinkan hubungan baik dengan negara luar. Kalau melawat ke negara luar mesti akan mendatangkan hasil pulangan dari segi pelaburan perniagaan kepada negara.

“Sebaliknya, ini cukup memalukan apabila pemimpin PH pergi berjumpa dengan pemimpin di luar negara tetapi apabila pulang ke sini tiada hasil didapatinya.” 

Jelasnya lagi, ketika era pemerintahan, BN telah menubuhkan Felda, Felcra, Tekun, institusi pengajian dan macam-macam lagi untuk rakyat.

“Kenapa… sebab kerajaan BN yang mentadbir Malaysia ketika itu hendak memastikan rakyat termasuk golongan yang terpinggir mendapat pembelaan. Kerajaan BN mewujudkan tanah-tanah di Felda untuk mengadakan penanaman kelapa sawit dan sebagainya. Inilah sebabnya antara faktor-faktor yang rakyat perlu pilih BN.

“Sekali lagi nak beri peluang pada PH? Fikir-fikir rakyat Malaysia… pilih BN demi kestabilan dan kemakmuran negara,” ujar beliau lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.