Selamat Menyambut Hari Deepavali, Hormat Menghormati Antara Satu Sama Lain – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya, hari ini.

Menerusi hantaran dalam laman Facebooknya, Ahmad Zahid berharap agar perayaan ini menjadikan semua saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang merayakannya di mana jua anda berada.

“Semoga perayaan ini membawa sinar yang baru kepada kita semua dan menjadikan kita terus hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.