PRU Peluang Terbaik Pilih Kerajaan… Abaikan PH Yang Bawa Kemusnahan

BERA, 18 Okt – Rata-rata rakyat khususnya akar umbi UMNO melahirkan kesyukuran atas pembubaran Parlimen kerana bagi mereka ianya adalah peluang untuk memilih kerajaan yang terbaik bagi mentadbir negara ke arah ekonomi dan pembangunan yang lebih mampan.

Bagi Ketua Pemuda Cawangan Kampung Kuala Triang, Mohd Fuad Abas beliau berkata kerajaan pada hari ini berdepan dengan pelbagai kritikan daripada pembangkang antaranya ‘kerajaan tebuk atap’ sehinggakan sedikit sebanyak mengganggu fokus kerajaan mentadbir negara.

“Kalau ikutkan kerajaan yang ada pada ketika ini berdepan masalah dengan pelbagai tohmahan tapi ada baiknya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini dilakukan secepat mungkin.

“… kerana bagi kami anak muda mahukan PRU ini disegerakan sebab untuk memilih kerajaan yang betul-betul boleh bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.

“Pandangan saya undilah Barisan Nasional (BN) kerana hanya parti ini yang boleh berkhidmat untuk rakyat kerana kalau Pakatan Harapan (PH) ini sekadar janji sahaja banyak yang tidak ditunaikan… abaikan PH kerana banyak kemusnahan dibawa,” katanya.

Pandangan sama diberikan oleh Ahli Jawatankuasa Bahagian Bera, Muhamad Amin Sardi, beliau berkata rakyat perlu mengambil pengajaran daripada tragedi pentadbiran PH yang melakukan pelbagai kerosakan.

“Rakyat perlu memahami 22 bulan yang lepas jadikan sebagai satu iktibar, tidak semestinya peristiwa itu tidak akan berlaku kembali.

“Fikirkan keperitan yang ada pada ketika itu jangan terjadi lagi, rakyat kena sedar bahawa hanya BN yang mampu mentadbir dengan cara yang lebih baik,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.