BN Perak Siap Siaga PRU15, Pastikan Kemenangan BN – Saarani

BAGAN DATUK, 17 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad berkata UMNO Perak telah siap siaga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berharap agar Barisan Nasional (BN) Perak dapat mengekalkan kuasa negeri ini.

“Hari ini kita bangkitkan gelombang biru menandakan bahawa telah bersiap siaga untuk memastikan kemenangan BN kembali berulang sebelum PRU ke-14.

“Saya lihat ramai berkumpul mengenakan baju biru. Walaupun kurang tinggi tapi semangat tinggi, cita-cita tinggi dan harapan tinggi.

“Saya percaya yang hadir bukan sahaja orang Perak tetapi ada yang di luar negeri Perak datang bersama-sama untuk membuktikan bahawa BN sedang bersoladariti untuk menang PRU15 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ‘Solidariti kestabilan dan Kemakmuran’ di Dewan Perdana Kompleks Bagan Datuk, di sini.

Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Han Soon; Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah dan Ketua-ketua Bahagian UMNO seluruh Negeri Perak.

Tambah Saarani lagi, jentera BN bersolariti di peringkat kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga di pusat daerah mengundi (PDM) masing-masing.

“Mereka mencari dan berikrar memastikan mengulangi kejayaan PRN Melaka dan Johor. Rakyat hendak memastikan bukan sahaja kerja kuat untuk menangkan calon-calon Parlimen dan DUN.

“BN dan juga berkerja kuat memastikan pemimpin BN sekali lagi diangkat sebagai perdana menteri. Kita sebenarnya hendak memastikan bahawa DUN Perak sekali lagi akan menjadi milik BN,” ujarnya.

Terdahulu Saarani telah mengumumkan pembubaran DUN Perak selepas diperkenankan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.