PM Dari BN Prihatin Masalah Rakyat… Bukan Macam PH – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Peka masalah rakyat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju menurunkan kadar tol lebuh raya, kata Exco Pemuda UMNO Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Jelasnya, ini sebagai menandakan keprihatinan perdana menteri terhadap masalah rakyat yang berdepan dengan kenaikan kos hidup.

“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah umumkan pengurangan kadar tol di Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

“Nak hapuskan tol memang mustahil sebab syarikat yang uruskan konsesi lebuh raya ini adalah milik Permodalan Nasional Berhad (PNB). Setiap keuntungan PNB akan kembali kepada rakyat. Inilah peranan syarikat pengurusan dana milik negara.

“Nak tunggu PH hapuskan tol memang sampai bila-bila takkan buat. Sebab tu jangan tabur janji bulan dan bintang dan akhirnya satu Malaysia kena kencing,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Kata beliau lagi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, langkah ini adalah untuk mengurangkan kos sara hidup penduduk di bandar.

“Pelbagai lagi inisiatif yang memanfaatkan rakyat akan dibuat apabila BN mendapat mandat.

“Ini baru betul ‘steady’… takde kencing punya,” ujarnya.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pengurangan tambang tol di 6 lebuh raya utama sekitar Lembah Klang sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Ianya melibatkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-KL (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK) pada 20 Oktober ini.

Manakala bagi fasa kedua pula akan melibatkan Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) yang akan bermula pada 1 Januari 2023. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.