Selamat Bersidang, Jadikan Mesyuarat UMNO Untuk Perkemas Jentera PRU15


KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO Bahagian yang memulakan mesyuarat pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini (14/15/16 Oktober) dengan melibatkan 191 bahagian di seluruh negara.

Ujarnya, jadikan mesyuarat perwakilan kali ini sebagai salah satu usaha untuk memperkemaskan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU-15 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Adalah elok jika ketika perhimpunan mesyuarat itu yang melibatkan pimpinan akar umbi, dijadikan sebagai pentas untuk melancarkan jentera pilihan raya bahagian masing-masing.

“Tema manifesto atau akujanji UMNO/BN untuk PRU-15 ialah ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ (Stability and Prosperity).

“Maka, ucapan pimpinan wajar sekali mengulas tema itu selain meniupkan semangat perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara Malaysia tercinta yang majmuk serta harmoni,” katanya sempena persidangan UMNO.

Beliau turut menyertakan serangkap pantun iaitu:

Hadiah ikhlas, batik canting,
Ditulis ayat, nukilan mesra;
PRU-15, sangat penting,
Demi rakyat, untuk negara. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit