Ahmad Zahid Ucap Selamat Bersidang, Sematkan Tekad Misi Capai ‘Kestabilan Dan Kemakmuran’

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan yang melibatkan 191 bahagian di seluruh negara untuk bermesyuarat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berpesan agar sematkan tekad, murnikan niat untuk menjadikan persidangan ini medan terbaik mempersiapkan parti menghadapi PRU-15 tidak lama lagi.

“Rapatkan saf antara sayap-sayap parti dan ketepikan titik bengik sesama sendiri jika masih ada dan jadikan perjuangan parti mengatasi kepentingan diri.

“Dengan misi mencapai ‘Kestabilan dan Kemakmuran (Stability and Prosperity), mari kita susun sebaik mungkin gerak kerja jentera parti bagi merealisasikan hasrat rakyat yang sekian lama menderita dengan polemik politik yang turut menggoncang kemakmuran ekonomi.

“Selamat bersidang dan semoga perjuangan kita sentiasa diberkati Allah hendaknya,” katanya sempena perutusan untuk persidangan terbabit menerusi laman Facebooknya.

Terdahulu pelaksanaan mesyuarat Cawangan UMNO telah diadakan bermula 15 Ogos hingga 18 September diikuti persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 7, 8 dan 9 Okt lalu sementara persidangan peringkat bahagian pula bermula hari ini hingga Ahad. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.