UMNO Permatang Pauh Kesal… Terus Laksana Program Untuk Rakyat

PERMATANG PAUH, 9 Okt – Program petrol percuma untuk kenderaan motosikal di Permatang Pauh semalam ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan.

Walaupun program tersebut dilihat berskala kecil, namun sekurang-kurangnya langkah yang diambil UMNO/Barisan Nasional (BN) kawasan berkenaan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menerusi video yang dikongsikan menerusi Facebook beliau berkata tujuan program itu adalah untuk
membantu rakyat dan ianya bukanlah bermusim.

“Program isi minyak yang kita adakah adalah percuma untuk 2 ribu lebih pengguna di Permatang Pauh…Mungkin sumbangan ini tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya kita lihatlah kemeriahan semua stesen minyak yang diadakan semalam dan ini menandakan bahawa rakyat menyokong usaha-usaha seumpama ini.

“Walau bagaimanapun kami menzahirkan rasa kecewa terhadap salah satu stesen minyak yang tidak membenarkan rakyat untuk mengisi minyak menerusi sumbangan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Perkara ini telah menyebabkan masalah kepada penduduk yang yang datang untuk mengisi minyak tetapi dihalang…dan laporan polis kononnya kami menggunakan sumbangan minyak ini sebagai bahan atau tempat berpolitik,” katanya.

Tegas beliau sebenarnya tanggapan tersebut adalah dan apa yang UMNO Permatang Pauh lakukan adalah untuk kebajikan rakyat yang memerlukan.

“Ini salah tanggapan…ini adalah sumbangan UMNO Pematang Pauh untuk rakyat…sepatutnya rakyat dibenar untuk mengisi minyak di mana-mana sahaja stesen minyak yang kami sumbangkan untuk rakyat dan bukannya menghalang mereka untuk isi minyak hasil sumbangan daripada UMNO/BN. Ini satu tindakan yang tidak baik dan diskriminasi kepada parti politik yang menyumbang kepada rakyat yang memerlukan,” ujarnya. – UMNO Online

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0qwwnqpviYprGDQsPr2N9W88VL1rNe4VmSjt8wvfCakeQVwN2mJgw3T3gtEqB7jb5l&id=100039745459647

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.