22 Bulan PH Terajui Negara, Jangan Lupa ‘Kesannya’ Kepada Negara – Zahari

SEGAMAT, 7 Okt – Tempoh 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu adalah punca kepada apa yang berlaku sehingga kesannya masih terasa ke hari ini.

Ketua UMNO Segamat, Datuk Zahari Sarip berkata ketidakstabilan yang berlaku selepas itu menyebabkan bukan sahaja iklim politik tidak stabil malah turut melibatkan aspek ekonomi negara.

“Apa yang dilakukan kita jangan lupa dan kita keluarkan semula dan jangan kita lupa 22 bulan adalah punca kepada apa yang berlaku hari ini.

“Kerajaan ini bermula daripada sebuah kerajaan yang gagal yang mana menang pada PRU14. Sebab hari ini mereka yang mainkan soal berkenaan. Kena ingat kita warisi daripada kerajaan gagal.

“Kestabilan penting…pelbagai perkara berubah sepertimana Keretapi Laju (Keretapi Laju Kuala Lumpur – Singapura)..sekejap ada..sekejap batal. Keadaaan seumpama itu menyebabkan pelabur tidak yakin dengan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Wanita UMNO Segamat, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Nirshida Ibrahim dan perwakilan Wanita bahagian.

Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap seterusnya berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) bukanlah parti yang bermusim.

Jelas beliau menerusi jaringan pelbagai peringkat masyarakat setempat sentiasa didampingi dalam apa jua keadaan termasuklah musibah dan sebagainya.

“UMNO dan BN bukan datang bermusim… kita sentiasa bersama masyarakat tidak sepertimana parti lain yang ada hanya menjelang pilihan raya dan saya ingin ingatkan jangan pula parti lain ambil kesempatan pada penghujung sedangkan kita sentiasa bersama rakyat.

“Malah kehadiran wanita dalam mesyuarat pada hari ini daripada wanita UMNO Segamat memang tidak boleh dinafikan…begitu juga penggerak lain di cawangan lain… apa pun jangan lupa UMNO sentiasa ada dan pada bila bila masa. Lakukan aktiviti biasa dan rutin kita,” tambahnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.