Segera Dedahkan Hasil Siasatan Pasukan Khas Menyiasat Tommy Thomas – Fairul Roslan

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Kerajaan perlu segera mendedahkan hasil siasatan pasukan khas yang telah ditubuhkan untuk menyiasat segala isu kandungan buku karangan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan berkata desakan berkenaan seiring dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu tersebut kerana inilah masanya untuk kerajaan melihat dengan lebih mendalam.

“Pemuda UMNO Melaka merasakan ini adalah penting bagi memastikan kepercayaan rakyat yang tidak sesekali terhakis terhadap badan-badan yang terlibat dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang negara seperti badan kehakiman, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan SPRM. 

“Malah yang lebih mustahak mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dan perundangan negara secara keseluruhannya agar tiada pihak yang teraniaya dan menjadi mangsa kepada politik pihak berkepentingan,” katanya.  

Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan turut menyenaraikan lapan isu utama yang boleh mengaitkan bekas peguam negara dengan pelbagai salah laku yang melibatkan integriti badan kehakiman dan sistem kedaulatan undang-undang negara.


1. Penyalahgunaan kuasa dalam isu perlantikan hakim
2. Kebebasan badan kehakiman
3. Campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan pengadilan
4. Pendakwaan terpilih dan bersifat politik
5. Perlanggaran sumpah kerahsiaan
6. Perlanggaran etika untuk melobi jawatan Peguam Negara
7. Penghinaan kepada Institusi Perundangan Negara
8. Akta hasutan kerana melakukan pelbagai dakwaan yang bersifat penghinaan ke atas bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak dan bekas Menteri Besar Datuk Harun Idris. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.