Timbul Persoalan…Pimpinan PH Berdiam Diri Hasil Siasatan Pasukan Khas Buku Tommy Thomas

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini membidas sikap berdiam diri pimpinan Pakatan Harapan (PH) berhubung hasil siasatan Pasukan Khas Penyiasat Buku Tommy Thomas.

Tegas beliau menerusi Facebooknya, timbul persoalan mengenai sikap berkenaan sedangkan sebelum ini merekalah kononnya juara mendaulatkan institusi kehakiman dan undang-undang.

“Setakat ini belum ada sebarang komen atau kenyataan daripada mana-mana pimpinan PH mengenai hasil siasatan Pasukan Khas Penyiasat Buku Tommy Thomas yang mendapati wujud salah laku dan perlakuan jenayah bekas Peguam Negara itu.

“Ianya boleh dikenakan tindakan dibawah 4 Akta berbeza termasuk soal campur tangan dalam hal ehwal perlantikan hakim, hasutan, salah guna kuasa dan mendedahkan rahsia kerajaan,” katanya.

Soal beliau kenapakah agaknya masing-masing berdiam dan sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan.

“Kenapa agaknya PH berdiam diri sedangkan kononnya merekalah yang menjadi juara mendaulatkan undang-undang dan institusi kehakiman?,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.