Ternyata Benar Pemuda UMNO Bangkitkan Selama Ini Mengenai Tommy Thomas – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas arahan yang dikeluarkan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Jelasnya, semoga keseluruhan laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas dakwaan-dakwaan dalam buku Tommy Tommas dapat segera didedahkan kepada umum.

“Ternyata benar apa yang Pemuda UMNO bangkitkan setahun setengah yang lalu termasuk laporan-laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO seluruh Malaysia mengenai pelbagai salah laku bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang secara bongkak mendedahkan sendiri salah laku beliau.

“Banyak lagi isu-isu lain yang pastinya telah disiasat di peringkat Pasukan Khas yang dilantik kabinet ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr Asyraf turut menyenaraikan antaranya termasuklah:

  1. Mencatur perlantikan hakim-hakim ‘forum shopping’ termasuk Ketua Hakim Negara. Ini bercanggah dengan peruntukan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

2. Menggugurkan sejumlah besar kes berkaitan dengan Pakatan Harapan (PH). Ini termasuk menarik balik kes rasuah banglo terhadap Lim Guan Eng yang sudahpun dibuktikan ada prima facie dengan 25 saksi dan menghentikan prosiding terhadap dua ahli DAP didakwa menyokong LTTE.

3. Penyalahgunaan kuasa dan kecuaian professional seperti melantik sebanyak 23 peguam luar sepanjang memegang jawatan Peguam Negara. Terdapat keraguan jikalau pelantikan peguam luar dalam beberapa kes yang dikendalinya dalam kapasiti Peguam Negara adalah teratur berlandaskan tatacara sedia ada; antaranya seperti berikut:

(1)Rakan kongsi kamarnya, Ganesan Nethi telah dilantik untuk mengendalikan penyelesaian dengan Goldman Sachs berkaitan 1MDB;

(2) TT telah melantik bekas rakan kongsi kamarnya, Sitpah Selvaratnam untuk mengendalikan penyitaan Equanimity, atas dakwaan Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai kepakaran dalam perundangan maritim. – UMNO Online


@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.