Buku Tommy Thomas: PM Ismail Sabri Arah Segera Laksana, Siasat Salah Laku

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan agar siasatan lanjut segera dilaksanakan oleh agensi penguat kuasa bagi menyiasat kemungkinan salah laku oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Katanya, pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas dakwaan-dakwaan dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’, tulisan Tommy Thomas telah membentangkan laporan siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini.

“Laporan tersebut telah disediakan oleh pasukan ini dalam tempoh sembilan bulan, bermula Disember 2021 sehingga Ogos 2022, dengan memperincikan setiap dakwaan-dakwaan yang disebut oleh Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini

Jelas Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, berdasarkan siasatan yang telah dibuat, pasukan ini telah mengkategorikan 19 isu-isu penting yang dikesan dalam buku tersebut kepada empat isu utama iaitu

(i) Dakwaan ke atas Badan Kehakiman;
(ii) Pendedahan maklumat dan rahsia Kerajaan;
(iii) Tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian professional; dan
(iv) Kenyataan berbaur hasutan.

“Pasukan Petugas Khas seterusnya telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan Kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil.”

Maklumnya, siasatan akan dijalankan antaranya di bawah;
(i) Seksyen 124(1) & Seksyen 203A Kanun Keseksaan;
(ii) Seksyen 4 Akta Hasutan 1948;
(iii) Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan
(iv) Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/09/300922-KENYATAAN-MEDIA-LAPORAN-PPK-SIASATAN-TOMMY-THOMAS-1.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.