Fadzli Berkongsi Pandangan… Siswa, Siswi Perlu Cakna Cabaran Semasa

KUALA LUMPUR, 29 Sept –  Pendekatan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang tidak bermusim bersama rakyat pelbagai peringkat merupakan teras atau nadi perjuangan pemimpin parti berkenaan dan itulah yang sentiasa dipraktikkan.

Tanpa mengira waktu sama ada golongan belia, masyarakat setempat termasuklah siswa dan sisiwi turut mendapat perhatian pimpinan UMNO/BN dalam usaha berkongsi pandangan dan sebagainya bagi mendepani cabaran mendatang.

Itulah yang dipraktikkan oleh Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohd Kamal yang mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan siswa dan siswi anak Pahang di Raub.

Menurut beliau dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, perkongsian tentang cabaran semasa serta mendatang amat penting bagi mempersiapkan diri masing-masing apabila tamatnya pengajian mereka kelak.

“Sempena Majlis Penyerahan Bantuan Prihatin Pahang kepada Siswa dan Siswi Anak Pahang di Raub semalam, saya berkesempatan berkongsi cabaran yang akan dihadapi dalam dunia pendidikan dan pasaran kerja hari ini ekoran perubahan lanskap yang cukup drastik selepas pandemik COVID-19.

“Ini kerana, menurut kajian Universiti Oxford, separuh daripada pekerjaan hari ini akan lenyap dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang, manakala 30 peratus pekerjaan pada masa akan datang masih belum wujud lagi pada hari ini,” katanya.

Beliau yang juga Setiauasha Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) seterusnya menambah, ia satu perkara yang utama untuk dipegang dan diperhalusi oleh sisiwa dan sisiwi hari ini untuk menyesuaikan diri dengan senario semasa terutama dengan segala cabaran yang ada.

“Amat penting untuk pelajar-pelajar ini melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan kepandaian lain, serta tidak terlalu bergantung kepada kecemerlangan akademik semta-mata, bagi membolehkan mereka terus mampu bersaing apabila memasuki pasaran kerja kelak.

“Saya turut mengajak pelajar-pelajar ini untuk menyertai program yang mampu membentuk jati diri dan memberi nilai tambah kepada kesiapsiagaan mereka misalnya melalui Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) yang cukup dikenali aktif secara sukarela membantu ketika musim banjir, pandemik COVID-19, misi-misi kemanusiaan dan kemasyarakatan serta aktiviti anak muda,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.