Perang Strategik Wanita Menuju PRU 15 Dipelbagaikan – Norshida

PULAI, 18 Sept – Pelbagai pendekatan perang strategik yang dilaksanakan Wanita UMNO/BN  seluruh negara menggambarkan kesiapsiagaan Wanita dalam usaha menuju Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim menerusi perkongsian bersama jentera Wanita UMNO Pulai menegaskan kepelbagaian strategi amat penting khususnya dalam mendepani cabaran dan itulah yang diterapkan Wanita hari ini.

“Jangan pernah menyerah, pemenang tidak pernah menyerah, dan orang yang menyerah tidak pernah menang.

“Alhamdulillah, saya bersama kepimpinan Wanita UMNO Pulai dalam sessi bengkel strategik gerakerja dan pemantapan jentera untuk menghadapi PRU15 hari ini.

“Tahniah Puan Hajah Rokian, Ketua Wanita serta jawatankuasa  yang telah berjaya mengadakan program seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Kata beliau lagi yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat, kemenangan serta kepercayaan yang diberikan okeh rakyat Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu sebelum ini menambahkan lagi momentum mereka untuk terus bergerak.

Malah tambah beliau lagi  jentera Wanita sentiasa bergerak selain melaksanakan segala persediaan serta keperluan bagi melicinkan gerakan parti pada PRU nanti.

“Apa pun jentera Wanita sememangnya telah siap siaga untuk menghadapi pilihanraya, malah kemenangan PRN Johor menjadi suntikan semangat untuk kami terus bekerja demi parti. Perang mesti menang,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.