Rafizi Nak Tipu Apa Lagi… PH Menang Hasil Penipuan, Harapan Palsu – Zahida

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan mempertikaikan kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli apabila meramalkan UMNO/Barisan Nasional (BN) akan terkubur dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang.

Katanya, kenyataan Rafizi yang diucapkan pada perhimpunan ‘Rapat Mega Keadilan’ hanya sekadar pembohongan semata-mata dan menipu rakyat untuk kepentingan politik beliau.

“Orang kata, kalau nak menipu kena ‘confident’ baru orang percaya. Pakatan Harapan (PH) hanya bertahan 22 bulan, menang hasil daripada penipuan dan harapan palsu.

“Hari ni pakar formula songsang (Rafizi) muncul lagi untuk cuba menipu dan menipu rakyat lagi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas Zahida, mengimbau kemenangan UMNO/BN  pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan Sarawak telah memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat mahukan BN berkuasa kembali dan serik dengan PH.

“Pada PRN di Melaka, Johor, Sarawak rakyat dah beri isyarat. Siapa yang terkubur?

“Rafizi nak tipu apa lagi?” soalnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.