Rundingan Meja Bulat Gabungan E-Hailing Putuskan Tiga Resolusi, Pemuda UMNO Jadi Jambatan

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Pemuda UMNO hari ini bersetuju untuk menjadikan persidangan meja bulat bersama Gabungan E-Hailing Malaysia sebagai ‘task force’ untuk mengambil langkah seterusnya dalam usaha membantu pemandu-pemandu e-hailing di negara ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah seterusnya pergerakan itu akan menjadi jambatan dalam usaha mencari penyelesaian terbaik dengan pihak berkepentingan termasuklah Kementerian Pengangkutan serta lain-lain agensi yang berkaitan.

“Kita  bukan sahaja menyatakan komitmen malah akan menjadikan platform perundingan meja bulat hari ini bersama  Gabungan E-Hailing Malaysia sebagai satu jambatan penting dalam usaha membantu pemandu-pemandu e-hailing.

“Kami telah bersetuju untuk menjadikan platform ini sebagai satu ‘task force’ untuk kita berhubung dengan pihak-pihak berwajib seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia, MCMC, Pihak Agensi pengangkitan Awam Darat (APAD) dan sebagainya lagi,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Turut serta pertemuan berkenaan, Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO, Fairus Jamaluddin; Exco Pemuda UMNO merangkap Exco Kerajaan Johor, Mohd Hairi Mad Shah serta wakil daripada Gabungan E-Hailing Malaysia.

Dr Asyraf yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah hasil daripada perundingan meja bulat berkenaan, tiga resolusi telah diputuskan yang merangkumi pelbagai aspek industri berkenaan.

“Antaranya kita meminta kerajaan menilai semula Akta 715 dan Akta 333 serta Inisiatif berterusan daripada kerajaan secara langsung dan telus dengan menyediakan sistem sokongan kepada semua pemandu e-hailing untuk beralih ke sektor formal atau perniagaan yang lebih terjamin.

“Resolusi seterusnya adalah cadangan kepada kerajaan agar memberikan bantuan yang berkesan dan efektif kepada pemandu e-hailing dalam Bajet 2023,” tambahnya.

Tambah beliau lagi, sektor ekonomi baharu haruslah menggunakan pendekatan terkini untuk mengawal selia dan juga menyediakan sistem sokongan yang jitu sebagai tanggungjawab dan khidmat terhadap ekosistem ekonomi baharu yang adil dan saksama agar keseimbangan dapat diterjemahkan dengan lebih harmoni.

“Hasil daripada pertemuan ini didapati bahawa kita tidak boleh memandang remeh dan enteng aspek kebajikan serta keselamatan para pemandu e-hailing kerana kalau dahulunya ‘gigs’ ekonomi dilihat sebagai satu industri yang amat fleksibel, terpisah dan tidak terikat dengan sebarang peraturan atau intervensi kerajaan berasaskan konsep ‘free market’.

“Tetapi hari ini apabila banyak sekali kes-kes eksploitasi dan juga manipulasi terhadap pasaran yang ada, kita merasakan bahawa penting untuk kerajaan melakukan intervensi melalui akta-akta sedia ada dan menambah baik peraturan yang sudah ada bagi memastikan bukan sahaja padang yang sama rata tetapi juga aspek paling penting aspek kebajikan dan keselamatan pemandu-pemandu e-hailing terjaga,” ujarnya lagi.

Berikut Resolusi yang diputuskan

RESOLUSI 1 – Menilai Semula Akta 715 dan Akta 333

Kajian kos dan cara milikan PSV, eVP, PUSPAKOM, Insurans eHailing dan lain-lain berkaitan. Pemandu eHailing telah dibebani dengan pelbagai kos permulaan dan tahunan sejak Akta di kuatkuasakan.

a) Menetapkan kadar premium untuk insurans eHailing kepada RM0.35 sehari
b) Kos pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM di turunkan ke RM10 setahun
c) Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di tambah baik dengan faedah

Ilat, Penakat dan Kematian Semulajadi.

d) Permohonan eVP oleh Pemandu eHailing ke APAD tanpa birokrasi dari EHO.
Penguatkuasaan lebih ketat terhadap EHO iaitu pemegang Lesen Perniagaan Pengan- taraan (LPP).
a) Fungsi pendaftaran penumpang wajib menggunakan maklumat sebenar dan tepat untuk paparan dan makluman kepada Pemandu eHailing untuk mengelakkan kes

jenayah yang disebabkan oleh penumpang.

b) Kadar tambang tetap eHailing seperti ke KLIA hendaklah mengikut kadar dan

ketetapan caj yang ditetapkan oleh APAD.

c) Maklumat Resit kepada penumpang dan pemandu haruslah terperinci seperti

termaktub di dalam Garis Panduan LPP.

iii. Demi menjamin kebajikan Pemandu eHailing, persidangan menuntut perkara seperti di berikut :

a) Harga tambang asas eHailing 5% kurang dari harga tambang perkhidmatan teksi.
b) Kadar komisen yang di bayar pemandu eHailing kenderaan persendirian kepada EHO diseragamkan kepada 10% iaitu sama dengan kenderaan teksi

RESOLUSI 2
– Inisiatif Berterusan Daripada Kerajaan Secara Langsung Dan Telus Dengan Menyediakan Sistem Sokongan Kepada Semua Pemandu E-Hailing Untuk Beralih Ke Sektor Formal Atau Perniagaan Yang Lebih Terjamin.

Kami berpandangan bahawa, sektor ekonomi baharu haruslah menggunakan pendekatan baharu untuk mengawal selia dan juga menyediakan sistem sokongan yang jitu sebagai tanggungjawab dan khidmat terhadap ekosistem ekonomi baharu yang adil dan saksama agar keseimbangan dapat diterjemahkan dengan lebih harmo- ni.

Persidangan berharap agar pihak kerajaan dapat meneliti dan menelusuri erti sebenar pengkarya di dalam ekosistem Ekonomi GIG.

Pembangunan Kerjaya (Reskilling & Upskilling)
a) Membantu pemandu eHailing meningkatkan kemahiran dan menerima latihan semula dalam bidang digital bagi pekerjaan dengan permintaan tinggi.
b) Meningkatkan kebolehpasaran pemandu eHailing dalam mendepani landskap masa kini yang kompetitif dengan mendapatkan kemahiran yang diperlukan untuk beralih ke sektor formal.
c) Menjamin penempatan pekerjaan untuk pemandu eHailing.
d) Kursus atau latihan di bawah HRDF di bolehkan tuntutan untuk Pemandu eHailing.
Pembangunan Perniagaan (Pendanaan dan Pinjaman)
a) Kursus-kursus berkaitan keusahawanan merangkumi aspek spiritual, pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan, pengurusan operasi, pemasaran serta teknologi maklumat dan komunikasi di MARA.
b) Program Latihan Pembangunan Perniagaan yang menumpukan kepada peningkatan kemahiran serta pertumbuhan perniagaan di bawah bimbingan KUSKOP.
c) Program Latihan Asas Industri dan Latihan Keusahawanan di INSKEN.

RESOLUSI 3 – Mencadangkan Agar Kerajaan Memberikan Bantuan Yang Berkesan Dan Efektif Kepada Pemandu Ehailing Dalam Bajet 2023.

Persidangan mencadangkan beberapa inisiatif berikut untuk pertimbangan kerajaan:

Subsidi 100% Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS Pelan 4) sebanyak RM592.80.
Pengecualian bayaran Lesen Kenderaan Motor berjumlah RM70.

iii. Pengecualian bayaran eVP sebanyak RM110.

Pengecualian bayaran PUSPAKOM berjumlah RM55.
Pemberian percuma kamera dalam kereta (In Car Dashcam) berjumlah RM450. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.