Kemerdekaan Lambang Kekuatan, Perpaduan Rakyat Berbilang Kaum – Zahida

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berpandangan Hari Kemerdekaan melambangkan kekuatan sesebuah negara yang lahir dari persepaduan masyarakat berbilang kaum.

Katanya, kesepakatan perlu digilap dengan nilai-nilai patriotisme yang tinggi agar lebih maju kehadapan.

“Semasa negara kita dijajah ianya menjadi pengajaran buat kita dimana seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya,” katanya menerusi satu hantaran di Faceebook.

Beliau juga menyeru sempena Hari Kemerdekaan ini untuk rakyat Malaysia menguatkan semangat dan tingkatkan lagi sikap patriotisme.

“Wahai bangsaku marilah kita tekatkan semangat marilah berjuang memusnahkan gunting dalam lipatan.

“Biarlah kita menjadi pahlawan yang dikenang dengan keberanian dan keikhlasan. Bukannya dengan pegkhianatan dan pembohongan. Merdeka Merdeka Merdeka!” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.