Kemerdekaan Dan Kebebasan Adalah Nikmat Yang Tidak Ternilai – Azhari

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari berkata 65 tahun lalu Malaysia telah berjaya menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang.

Menurut beliau kemerdekaan bukan sekadar menjadi rakyat di negara yang bebas daripada penjajahan malahan bebas daripada kemiskinan, kemunduran dan kejumudan fikiran.

“UMNO bersama parti MCA dan MIC serta parti politik lain termasuklah Sabah dan Sarawak telah bekerjasama membangun dan memajukan negara ini lebih setengah abad. Kemajuan telah dikecapi dari aspek ekonomi pertanian menjadi ekonomi industri berat dan terus berkembang dengan pantas,” katanya menerusi catatan di facebook.

Namun tambah beliau ujian demi ujian menimpa pemimpin UMNO bukan pada saat ini malahan daripada mula Malaysia belum wujud lagi.

“Jasa UMNO sebagai tonggak negara sewajarnya tidak dilupakan kerana parti keramat orang Melayu ini telah menempuh segalanya demi rakyat Malaysia dulu, kini dan selamanya.Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!Merdeka! Merdeka! Merdeka…,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.