Jangan Lupa Hari Ini Taklimat Khas Presiden UMNO, 2.00 Petang Ini


KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dan pada pendukung parti dialu-alukan hadir dan sama-sama mendengar Taklimat Khas Presiden UMNO, hari ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan Taklimat Khas Presiden bersama ahli jawatankuasa bahagian dan pimpinan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), bagi membincangkan situasi semasa.

Taklimat tersebut dijadualkan akan bermula pada jam 2.00 petang melibatkan dua dewan utama iaitu di Dewan Mereka dan Dewan Tun Razak 4.

Dijangka turut disentuh ialah berkaitan perkembangan terkini dan kesiapsiagaan UMNO menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.

Sebagai tanda sokongan dan menyemarakkan perjuangan dalam UMNO, digalakkan untuk berpakaian berwarna merah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.