Jasa Najib Adalah Satu Fakta Yang Tidak Boleh Dinafikan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Jasa Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi Perdana Menteri serta Presiden UMNO terhadap rakyat dan negara adalah satu fakta yang tidak boleh sama sekali dinafikan.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir merakamkan rasa dukacita dan sedih atas pengekalan sabitan kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Najib semalam.

“Walaupun Pulau Pinang bukanlah negeri di bawah teraju UMNO/Barisan Nasional (BN) sepanjang tiga penggal lalu, namun ia tidak pernah sesekali dinafikan haknya oleh Datuk Seri Najib. Terlalu banyak dan tinggi nilai bantuan dari Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan beliau.

“UMNO Negeri Pulau Pinang menggenggam erat amanat dan mandat Datuk Seri Najib untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat seterusnya memastikan UMNO terus berdiri gagah dalam agenda tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan semoga Najib serta keluarga tabah dan kuat dalam menerima ujian getir ini.

“UMNO Negeri Pulau Pinang turut sentiasa menadah tangan dan berdoa semoga Datuk Seri Najib serta keluarga tabah dan kuat dalam menerima ujian getir ini. Kepada Allah SWT kami berserah,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.