Persidangan Cawangan UMNO Pentas Terbuka Berbahas, Sentuh isu-isu Semasa – Norliza

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim menganggap persidangan Cawangan UMNO yang berlangsung sekarang ini sebagai pentas terbuka untuk berbahas isu-isu semasa yang lebih mencabar dewasa kini.

Katanya, Wanita adalah pewaris perjuangan membela agama bangsa dan tanahair malah itu adalah fundamental tidak boleh disangkal.

“Penyakit mental, distress atau kemurungan terlampau, domestic violence, penderaan kanak-kanak dan banyak perkara yang menyentuh institusi kekeluargaan terlalu dekat di hati Wanita.

“Di samping itu, kestabilan politik demi sosio-ekonomi yang lebih positif perlu bagi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat yang utama,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang berkata demikian bersempena bermulanya persidangan Cawangan UMNO pada 15 Ogos hingga 18 September nanti.

Katanya, berbahaslah dengan penuh iltizam dan tekad demi rakyat dan negara.

“Suara Wanita, suara keramat.Selamat bersidang kepada Perwakilan Cawangan dan sayap-sayap seluruh negara. Salam sayang dari saya buat semua,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline