KDNK Menjunam Zaman PH Berbanding Kerajaan BN – Faiz Hashim

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Rakyat perlu mengembalikan UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negara sekiranya mahukan kestabilan politik yang kukuh dan kemakmuran ekonomi, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia Muhammad Faiz Hashim.

Ini kerana katanya, sejarah telah membuktikan tindakan rakyat menukar kerajaan pada 9 Mei 2018 mengakibatan negara ini terkebelakang dari segi pembangunan dan gagal merancakkan ekonomi di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, di bawah PH dengan ‘dasar balas dendam’ rakyat dapat melihat berapa banyak pelabur menarik diri daripada menanam modal di Malaysia apatah lagi dasar kerajaan PH ketika itu memberhentikan projek mega yang sepatutnya menjana ekonomi rakyat.

“Dalam tempoh setahun di bawah pentadbiran PH hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN.

“Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menjunam teruk daripada USD109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.

“Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018 dan ketika itu ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019. Negara jatuh dua anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia,” katanya menerusi satu hantaran kepada UMNO Online.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota berkata itu adalah sebahagian daripada kegagalan PH yang boleh disenaraikan, bahkan dalam tempoh 22 bulan banyak lagi kegagalan dan kerugian negara yang boleh disenarai di bawah pentadbiran rejim PH.

Ujarnya, jika berbanding usaha Kerajaan BN memacu ekonomi menjadi kisah yang amat mengujakan sehinggalah ditewaskan PH dengan fitnah dan penipuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu.

“Hakikatnya Bank Dunia sekali lagi meningkatkan unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2018 daripada 5.2 peratus kepada 5.4 peratus susulan perbelanjaan sektor swasta dan kegunaan persendirian yang kukuh.Berbanding KDNK negara pada tahun 2019 selepas pentabbiran PH pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019.

“Misalnya Petronas telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN,” jelasnya lagi.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia itu turut menjelaskan ini menunjukkan kegagalan kerajaan PH mengurus sumber ekonomi sehingga terpaksa bergantung dengan rizab Petronas, begitu juga dengan pemansuhan Goods and Service Tax (GST) mengakibatan kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang banyak bagi membantu rakyat.

“Pemansuhan GST tanpa ada alternatif kepada sumber ekonomi baru negara menyaksikan kerajaan PH menjarah rizab negara dan terpaksa menghentikan beberapa bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat.

“22 bulan negara di bawah pentadbiran PH adalah mimpi ngeri yang tidak sepatutnya diimpikan rakyat untuk melihat mereka kembali menerajui negara. Hanya BN yang mampu membawa kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi negara dan mengembalikan negara pada landasan yang asal. UMNO/BN perlu kembali menerajui negara pada PRU15 nanti,” tegasnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.