Mahdzir Yakin UMNO/BN Boleh Menang PRU 15

BENTONG, 13 Ogos – Keyakinan diri sendiri dan menyakinkan pengundi amat penting bagi UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Jelas beliau, anggota jentera termasuklah Penerangan Pemuda UMNO mempunyai strategi dengan komitmen yang tinggi dan bersemangat yang tentunya akan dapat menyakinkan pengundi untuk memberi skokongan kepada UMNO/BN pada PRU-15 nanti.

“Paling penting sekali adalah diri kita sendiri uang mesti yakin bahawa UMNO/BN boleh menang. ‘You must confident’ banyak contoh-contoh di dunia ini dan kalau kita yakin diri sendiri maka akan dapat meyakinkan orang lain. Kalau kita sendiri tidak yakin maka orang lain pun tidak yakin dan kita sebagai salah seorang dari jentera UMNO/BN harus ‘confident’.

“Soladiriti juga penting dan kita kena bantu bahagian masing-masing. Kumpulkan kekuatan dan carikan jalan macam mana pun untuk pastikan UMNO/BN menang kerusi yang ditandingi dan kembali menguasai Putrajaya.

“Dalam politik kita mesti yakin dan keutamaan adalah untuk menghadapi pilihan raya. Kalau parti ini kalah tiada gunanya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata demikian ketika merasmikan Pemukiman Penerangan Pemuda UMNO Malaysia yang di adakan di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), semalam.

Turut hadir, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Shahar Abdullah; Bendahari Pemuda UMNO, Johari Yazid serta Ketua Penerangan Pemuda UMNO seluruh negeri dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian-bahagian.

Mahdzir juga berharap jentera Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO dapat memberi dan membalas segala tohmahan pembangkang dengan kadar dengan segera.

“Jentera Penerangan Pemuda harus memberi maklumat dengan cepat agar masyarakat tahu sama ada informasi itu benar ataupun sebaliknya,” jelasnya.

Tambah Mahdzir, pengundi muda dan baharu sangat penting bagi UMNO/BN untuk memenangi PRU15 kerana mereka akan terdaftar secara ‘automatik’ di kawasan masing-masing.

“Pada setiap 16 haribulan pengundi ‘automatik’ akan terdaftar di kawasan masing-masing. Sebagai contoh di Parlimen Padang Terap setiap bulan pada 16 hari bulan, pengundi baru akan terdaftar dan menjadi pengundi dan termaktub dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerana itu kita yang harus cari pengundi muda di mana sahaja berada,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.