Terowong Yang Tak Wujud Didiamkan, LCS Yang Tak Siap Jadi Isu…

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – “Bila ada kes terowong yang langsung tak wujud, maka boleh didiamkan kapal yang tak siap. Oleh kerana ada kapal yang tak siap maka boleh didiamkan terowong yang tak wujud.”

Demikian bidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberikan analogi berkaitan isu Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang kini hangat dibangkitkan oleh Pakatan Harapan (PH) berbanding dengan pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang.

Tanpa menyebut nama mana-mana parti, Ahmad Shabery berkata secara simbolik berkata, ada pula yang mengharapkan kerajaan ini jatuh kerana isu kapal dan nak digantikan dengan kerajaan yang ada kes terowong.

“Yang salah tetap salah. Kalau ada pendakwaan terhadap kes terowong, maka perlu ada pendakwaan terhadap kes kapal sekiranya ada salah laku.

“Dah lama isu ini dibincang, apa kesudahannya? Kalau nak dakwa… dakwalah. Tapi sebelum didakwa kena ada siasatan. Sama ada SPRM atau tubuh RCI,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

Dalam hantaran kemudiannya, beliau mengimbas bagaimana bangganya Timbalan Menteri Pertahanan era PH, Liew Chin Tong merasmikan upacara peletakan lunas LCS pada 31 Oktober 2018.

“Kalau tempoh pemerintahan mereka panjang, projek ini siap walaupun lewat. Mesti mereka lebih bangga lagi.

“Macam ada orang terpegun naik MRT tanpa pemandu,” katanya yang menyorot pemimpin PAN Khalid Abd Samad ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan yang kagum dan memuji sistem pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT) ekoran bergerak melalui bilik kawalan operasi.

Tanpa menyebut nama, beliau turut mengaitkan dengan Projek pembangunan mega, Tun Razak Exchange (TRX).

“Atau ada yang kata projek TRX usaha 1MDB baik dan mampu tarik pelabur,” katanya yang merujuk kepada pemimpin Dap selaku Menteri Kewangan zaman PH iaitu Lim Guan Eng.

Dalam hantaran tersebut Ahmad Shabery turut menyertakan pautan pada setiap isu berkait sebagai fakta yang boleh dijadikan rujukan kepada pembaca.

“Tak apa. Gendang PRU sudah dipalu…,” katanya yang tentunya mengandungi maksud mendalam. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit