RCI Isu Kapal LCS Mesti Segera Ditubuh, SPRM Perlu Segera Bertindak – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebulat suara menggesa dan mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat secara bebas dan menyeluruh mengenaj isu Kapal Tempur Pesisiran (LCS).

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki seusai mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO semalam.

Katanya, keanggotaan RCI yang dilantik oleh DYMM SPB Yang Dipertuan Agong kelak mestilah bebas daripada mana-mana kalangan ahli parti politik berkepentingan dan dianggotai pakar-pakar dalam aspek kejuruteraan pembinaan kapal perang dan mereka yang dihormati.

“Ini penting bagi memastikan segala dapatan dan hasil siasatan nanti tidak bias dan dilihat berkecenderungan kepada mana-mana pihak.

“Pada masa sama, Pemuda UMNO juga menggesa agar pihak SPRM segera bertindak dan melaporkan hasil siasatan yang sudah dijalankan bagi memastikan mereka yang melakukan rasuah, pecah amanah mahupun sebarang bentuk penyelewengan agar dibawa ke muka pengadilan,” katanya lagi menerusi hantaran dalam laman Facebooknya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.