Zahida Persoal Kenapa Ahli Parlimen Lompat Parti Terlepas Siasatan SPRM?

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Persoalan sama sering diajukan, kenapa Ahli Parlimen lompat parti terlepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dulu.

Demikian kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkaitan hal terbabit menerusi laman Facebooknya.

Katanya, tak pelik ketika zaman Pakatan Harapan (PH) apabila ketua SPRM adalah pemimpin tertinggi PKR.

“Sudah tentu tak akan siasat dan dakwa MP (Ahli Parlimen) lompat yang menyokong mereka.

“Mac 2020 Datuk Seri Azam Baki diangkat menjadi orang nombor 1 SPRM gantikan Latheefa Koya. Kenapa MP Lompat ini masih tidak disiasat?

“Adakah mereka kebal dari undang-undang? Ataupun SPRM masih menerima tekanan daripada orang politik?” soalnya lagi.

Dilaporkan, tiga bekas pemimpin UMNO yang melompat ke PPBM selepas pilihan PRU-14 kini menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan semasa iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Undang-undang, Mas Ermieyati Samsuddin dan Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali.

Jun lalu Jun lalu, Ahmad Zahid yang memberi keterangan di mahkamah memaklumkan bahawa ketiga-tiga Ahli Parlimen itu, meninggalkan UMNO/BN untuk menyertai PPBM ‘kerana takut’ mereka akan disiasat SPRM. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.