Ke Arah PRU15: Kesiapsiagaan Jentera Penting Bantu Parti Capai Kemenangan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang diperkatakan sejak mutakhir ini semestinya perlu disusuli demgan pelbagai gerakan agar pelaksanaannya kelak berjalan lancar.

Parti-parti politik khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) seluruh negara rata-rata telah mengambil pelbagai langkah sebagai persediaan awal untuk berdepan PRU nanti.

Di Temerloh, BN kawasan berkenaan telah mengadakan kursus GOTV kepada jentera setempat yang berlangsung selama dua hari dengan berakhir semalam.

Penyelaras BN Temerloh yang juga Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pihaknya bersedia sebaik mungkin dalam usaha melicinkan persiapan menjelang PRU nanti,” katanya menerusi Facebook, di sini hari ini.

Kata beliau lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, semangat yang ditunjukkan oleh jentera pelbagai peringkat amat tinggi dan insya Allah akan berterusan sehingga PRU nanti.

“Kursus GOTV peringkat UMNO Bahagian Temerloh, bahang PRU makin hampir, kita bersedia sedaya upaya untuk cemerlang kali ini.” ujarnya.

Dalam pada itu #temerlohbangkit #mentakabwin #lanchangforever akan terus menjadi sumber inspirasi untuk jentera parti meningkatkan lagi gerakan kelak.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.