Mohamad Tinjau Persediaan BN Selangor Depani PRU-15

SHAH ALAM, 6 Ogos – Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini menerima lawatan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Berlangsung di Pejabat Perhubungan UMNO Selangor, pertemuan itu turut dihadiri oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar; Timbalannya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan kepimpinan lain.

Terdahulu, Mohamad turut mengadakan pertemuan bersama jentera dan kepimpinan setiap bahagian seluruh negara.

Antara negeri yang telah dilawati beliau setakat ini adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.