Jom Sertai Liga Fantasi Ketua Penerangan UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Penerangan UMNO Malaysia terus mengorak langkah dalam mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatannya sama ada secara konvensional mahupun maya.

Terbaharu, Penerangan UMNO Malaysia akan menganjurkan pertandingan ‘e-sport’ Liga Fantasi Premier League Ketua Penerangan UMNO Malaysia dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM2,900 keseluruhan.

Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua serta akan dibuka sehingga gameweek 2.

Mereka yang berminat boleh mendaftar dan menyediakan pasukan sebelum jam 12 tengah malam hari ini, Jumaat untuk mendapatkan poin dari Gameweek 1.

Selepas jam 12 malam itu, pendaftaran masih dibuka namun peserta baharu akan terus terlepas peluang skor poin untuk perlawanan pusingan pertama minggu ini.

Ayuh manager semua, sertai melalui link di bawah.

Link borang: https://forms.gle/ZFUWX3EZKd18H78XA

Seterusnya, Kod Liga akan disertakan selepas borang dihantar.

Berikut pula adalah Terma dan Syarat yang juga terdapat di dalam borang.
1. Penyertaan Liga Fantasi ini adalah percuma dan terbuka bagi semua.
2. Hanya satu pendaftaran bagi setiap individu.
3. Pemenang akan diumum pada hujung musim dan hanya bagi yang berdaftar sebelum gameweek 2.
4. Kod Liga akan disertakan selepas penghantaran borang.
5. Satu Whatsapp group akan dibuka bagi penyertaan semua individu dan akan dihantar kepada emel peserta.

Sebarang pertanyaan berhubung liga fantasi ini boleh berhubung dengan Ariffin di talian 018-765 4028. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.